Salam

Saya Wan dari Putrajaya. Saya merupakan seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian di Putrajaya. Saya telah mengusahakan perniagaan vending machine secara partime dari tahun 2009 (www.UsahawanVending.com) dan beberapa perniagaan pasif yang lain.

Rentetan kesukaran untuk mendapatkn introducer untuk account perniagaan syarikat sehingga perlu menunggu 2 tahun, saya bertekad untuk membantu usahawan-usahawan dalam mendapatkan account semasa perniagaan yg dapat mengangkat kredibiliti sesebuah perniagaan.

Setelah menjadi pelanggan setia Maybank dan CIMB sejak 2011, akhirnya saya dilantik menjadi introducer. InsyaAllah saya cuba membantu usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk mempunyai rekod cashflow yang lebih baik. Semoga kelebihan yang sedikit ini dapat kita manafaatkan tanpa mengganggu gugat mereka yg berkecimpung dalam bidang ini.

Harap tuan/puan dapat mengikuti garis panduan/tatacara yang saya berikan bagi memudahkan urusan. Terima kasih.

Wan Putrajaya – 0127292850.